Kerajaan akan membantu rakyat Malaysia yang tidak mempunyai tanpa sebarang dokumen pengenalan diri di bawah beberapa kategori untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.
Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin berkata, kementeriannya akan bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan kementerian lain untuk memastikan kumpulan ini mempunyai dokumen yang diperlukan bagi tujuan itu.