Sementara itu sebanyak sembilan sekatan jalan raya (SJR) telah dilaksanakan sekitar ibu kota sempena Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 di Kuala Lumpur yang bermula Jumaat.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yong Lei Choo berkata, SJR itu telah bermula pukul 8 pagi Sabtu membabitkan lokasi di Jalan Sentul Pasar; hadapan Balai Polis Kepong; Lebuh Raya Persekutuan menghala Kuala Lumpur dan jalan Klang Lama.