BERITA MOJO 8 JULAI 2023
Jenazah mangsa kesembilan tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman, Terengganu, Muhammad Fikri Saliman, 24, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Kuda Batu Pahat pada jam 7 pagi, Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Jenazah Muhammad Fikri dibawa menaiki van jenazah bertolak dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu kira-kira jam 10 malam pada Jumaat.
Van jenazah yang diiringi peronda polis itu tiba di pekarangan Masjid Jamek Sri Pengkalan, Kampung Sri Kuda pada jam 4.15 pagi untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan.
Sebelum itu, mayat Muhammad Fikri yang juga tunang kepada Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18, seorang daripada mangsa lemas ditemui jam 9.20 pagi pada Jumaat.
Artikel: http://bitly.ws/KM2z
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarHarian