Peguam-peguam yang mewakili lebih 20 aktivis yang ditangkap ketika mahu menganjurkan himpunan #TangkapNajib diu [usat membeli-belah Sogo berang kerana semua mereka dilayan seperti penjenayah.
Menurut peguam Michele Yesudas, semua aktivis dilarang berjumpa dengan peguam manakala gambar, cap jari dan DNA mereka juga diambil yang menurut pihak polis adalah atas arahan atasan.