Dr Wan Azizah Wan Ismail membangkitkan perbezaan antara kes mahkamah yang sebelum ini dihadapi suaminya, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dengan bekas perdana menteri Najib Razak.
Wan Azizah berkata, perbezaan asas adalah kes Najib melibatkan wang rakyat dan ada dokumen untuk membuktikan penyelewengan yang berlaku.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di sebuah acara di Kuala Lumpur hari ini.
Sumber video: https://www.facebook.com/suarakeadilanofficial/videos/1086561182288031