Mantan Pengarah dan Pengasas Pusat Inovasi & Produktiviti Pentadbiran Awam (PIPPA), Universiti Sains Malaysia (USM), Datuk Dr Musa Ali berkata Kerajaan digesa tubuhkan Suruhanjaya Gaji bagi meneliti isu pencen dan pelaksanaan skim persaraan secara menyeluruh. Jelasnya, Kerajaan perlu melibatkan lebih ramai pakar-pakar diluar sektor perkhidmatan awam dalam menilai skim pencen agar sebarang keputusan tidak menyebabkan mana-mana pihak tercicir.